Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Terbahagi kepada 2 kaedah melabur:
Plan Tunai (Cash Plan)
- Pelaburan jangka panjang melibatkan pelaburan tunai minimum Kaedah bayaran: *Lump Sum (cek atau cek jurubank) *Bulanan (autodebit–Maybank @ CIMB) - Penyediaan dokumen pendaftaran: * Salinan IC sahaja. * Borang autodebit (Maybank @ CIMB)
Plan KWSP (EPF Plan)
- Pelaburan jangka panjang melibatkan pelaburan 20% Akaun 1, KWSP. - Minimum pelaburan sebanyak RM1000. - Syarat – bergantung kepada jumlah minimum mengikut umur. - Penyediaan dokumen pendaftaran: *Salinan IC (berserta cop jari) – 2 copy *Borang pengeluaran KWSP (berserta cop jari) *Salinan Penyata KWSP (jika ada)

CALL 012-2876814

Tuesday, October 14, 2008

Yup...profit tu dah termasuk sale charge sekali.
RM6736.19 - RM6430 = RM306.19 => Profit

Pada setiap permulaan investment, ianya akan bermula dengan -6.5% (sale charge)...jadi sekiranya client invest RM10,000, maka setelah ditolak 6.5%, actual investment adalah RM9,350.

Tapi kebiasaaannya dalam 1-2 bulan, sale charge tersebut akan kembali melalui capital gain...so tak payah risau ler tentang sale charge 6.5 tu...
uma dari yang saya paham, bila kita beli unit trust, kita sebenarnya membeli unit yang dijual oleh syarikat.

Contoh. Kita beli (bukak akaun andai RM1,000) dana A yang dijual pada harga RM0.50 seunit. Maka dengan ini kita akan mendapat 2,000 unit (andai charge tidak diambil kira).

Bila dividen diumumkan, let say RM0.03 sen (bergantung kepada syarikat)seunit akan diberi. Maka kita akan mendapat RM60.00 dalam bentuk unit bersamaan 127.65. Iaitu RM60.00=2,000 unit X RM0.03 dividen. Bila dividen diumumkan sebanyak 3 sen NAV akan susut sebanyak 3 sen jugak, jadi harga seunit akan jadi 0.47 sen. RM60 / RM0.47 (NAV)=127.65.

Ok sekarang mari kita lihat. 2,000 unit + 127.65 (unit dividen) = 2,127.65 unit. Nilai pelaburan kita sekarang menjadi 2,127.65 x RM0.47 (NAV) = RM1,000. Ini berlaku kalau kita laburkan semula dividen kita la. Kalau tak, 2,000 X RM0.47 = RM940.00 jer tinggal lepas bagi dividen. hehehe... Tak ada untung nampaknya main unit trust nih.

Tapi ada magic yang akan berlaku, dalam pasaran equity, harga tuh akan kembali kepada sepatutnya (asal) jika tidak berlaku penurunan dalam KLSE.

Sekarang tengok plak kalau harga dia naik jadi RM0.50 balik. 2,127.65 X RM0.50 = RM1,063.83.

Tengok pulak kalau harga dia naik kepada RM0.51. 2,127.65 X RM0.51 = RM1,085.10. Ada perbezaan sebanyak RM21.27 walaupon kenaikan hanya RM0.01.

Bayangkan kalau kita ada unit yang banyak (nak banyak unit beli pada masa harga murah & simpan selama mungkin).

Semua dividen/unit split (bonus) bergantung kepada perstasi KLSI, syarikat dan dana. Kalau tanya labur 5 ribu berapa boleh dapat, rasanya tak ada orang yang boleh jawap.
salam..

saya nak tanya sikit tentang cimb unit trust nie..
sblm tu maaf kalau soalan sy ni ntah apa2 sbb sy mmg tak tau
pun ttg nie

soalan saya,

1. brp lama tempoh invest? <-- selagi belum rasa nak keluar
2. bl blh wdraw profitnya? <-- Bila-bila masa suka
3. byrn blh samada lum sum/3 bln sekali/6 bln sekali/tiap2 bln.
betul tak? <-- hari-hari pon boleh
4. minimum invest rm1000.betul ke? <-- Ada jugak yang RM500 jer
5. katakan invest rm5k, brp profit blh dpt stp thn?
dikira dr apa? <-- Profit tak confirm berdasar KLCI atas unit yang dipegang
6. then kalau ada apa2 jd pd investor,blh diwarisi ke? <--boleh dituntut oleh waris
atau apa jd dgn nilai investment kita tu? <-- jadi duit waris kalau dituntut
CIMB Islamic terima Anugerah Global

CIMB Islamic dipilih menerima Anugerah Global untuk 'Bank Pelaburan Islam Tahunan' daripada majalah The Banker, ahli Kumpulan Financial Times yang berpangkalan di United Kingdom, bagi dua tahun berturut-turut.

Anugerah itu disampaikan kepada CIMB Group pada majlis di London, baru-baru ini yang dihadiri lebih 150 pegawai kanan perbankan pelaburan seluruh dunia.

Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani, berkata anugerah itu menjadi bukti bagi kejayaan bank dengan menyaksikan kemampuannya mengekalkan daya kepemimpinan global dalam penyelesaian perbankan pelaburan Islam.

"Anugerah ini juga memperlihatkan kejayaan kami mengembangkan cawangan perbankan Islam di peringkat global," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, CIMB Islamic kini terbabit dalam spektrum perbankan serta kewangan yang menyeluruh dan bukan hanya terhad kepada kegiatan pasaran modal.

Anugerah yang diterima itu adalah bagi menghargai pencapaian CIMB Islamic dalam sektor bon Islam (sukuk), pasaran ekuiti Islam dan peranannya dalam pengurusan aset Islam.

Sebagai tambahan, pengembangan bank secara dinamik dalam produk derivatif dan pelaburan berstruktur Islam adalah antara kriteria pilihannya.

Badlisyah berkata, CIMB Islamic akan terus mempamerkan kekuatannya dalam menstruktur dan keupayaan pengagihannya menerusi rangkaian lebih besar bagi pelabur di Asia Timur dan Asia Barat.

Katanya, tumpuan bank ialah untuk terus mengembangkan perniagaan pada peringkat global dengan memberi penekan di Asia Tenggara dan Asia Barat.

"Kami mahu mengembangkan pasaran kewangan dengan menyediakan pelanggan akses kepada penyelesaian kewangan moden dan bersesuaian berasaskan syariah," katanya.
Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan
Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.

Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.
Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.

Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.

Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.

Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.